Kerjaya antarabangsa Wissam Ben Yedder

Ben Yedder beraksi dalam dua perlawanan futsal dengan mewakili Perancis dan juga mewakili negara tanah airnya di peringkat bawah-21.

Oleh sebab ibu bapa Ben Yedder berasal dari Tunisia, beliau layak untuk mewakili negara itu di peringkat antarabangsa di bawah peraturan FIFA. Persekutuan Bola Sepak Tunisia telah cuba lebih kurang lima kali untuk memujuknya supaya mewakili Tunisia. Pada Oktober 2017, selepas beliau menolak tawaran daripada pasukan Tunisia yang akan bertandang ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018, mereka mengaku untuk berputus asa.[25]

Pada Mac 2018, selepas beraksi dengan cemerlang untuk Sevilla, pengurus Perancis iaitu Didier Deschamps telah memasukkan Ben Yedder ke dalam skuad untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Colombia dan Rusia.[26] Pada 23 Mac, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis ketika pasukannya tewas 3-2 kepada Colombia di Stade de France selepas menggantikan Olivier Giroud untuk saki-baki 17 minit terakhir.[27] Pada 17 Mei, beliau telah disenaraikan sebagai pemain siap sedia untuk skuad Perancis yang menuju ke Piala Dunia.[28]

Pada 11 Jue 2019, Ben Yedder tampil sebagai kesebelasan utama pasukan buat kali pertama dan menjaringkan gol antarabangsa sulungnya semasa menewaskan Andorra pada aksi kelayakan UEFA Euro 2020.[29]

Rujukan

WikiPedia: Wissam Ben Yedder http://www.beinsports.com/us/laliga/video/real-soc... http://www.espnfc.com/story/2920331/sevilla-agree-... http://www.estadiodeportivo.com/sevilla/2016/12/21... http://www.estadiodeportivo.com/sevilla/2017/05/29... http://www.goal.com/en/news/ben-yedder-earns-maide... http://www.ligue1.com/autresCompetitions/article/f... http://www.ligue1.com/ligue1/article/ben-yedder-ha... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerway.com/players/%7B%7B%7Bid%7D%7D... http://www.sportinglife.com/football/live/match-re...